TULISAN DATO ROSLAN ABD HAMID
Saya berjumpa lelaki tua ini umur 70 tahun selalu selepas asar,dia iktikaf di Masjid Baca AL QURAN..
Rumah sangat besar dekat dengan masjid.SANGAT KAYA.Ada bangunan komesial bernilai RM 35 juta.Pendapatan kutipan sewa dalam rm70k sebulan,Belanja rm 20k dan baki rm50k dia sedekah dan infaq.Dia senang bersendirian melayani anak cucu.Saya mahu mengambil gambar tapi dia menolak katanya dia malu.Saya minta satu formula dia beri 10.
Saya catat dan mahu kongsikan:
- Pertama dia kata muliakan ibu bapa.Doa ibubapa adalah segala-galanya.Ia tiada hijab terus termakbul.Raikan ibubapa dan jaga mereka sepanjang usia.Doakan mereka selalu.
- Jaga masa ia datang dan berakhir.Urus masa antara 5 waktu solat dan atur kerja dengan baik.Berada dimasjid,sebelum azan.Masuk waktu teruskan solat.Selepas solat bertebaranlah berusaha mencari rezeki.
- Berdoa dengan khusyuk ,berserah pada allah dan bertawakallah kerana tuhan maha tahu apa yang terbaik untuk kita.
- Namun begitu kena lah beruaha pagi petang siang dan malam usahalah bersungguh-sungguh.Usaha sampai dapat kalau tidak dapat usaha yang jalan lain pula.Adakan masa untuk baca alquran.Maka diapun nasihatkan saya "orang membaca surah Al-Ikhlas satu kali ,sama ganjarannya dengan memperolehi ganjaran 1/3 Al-Quran,jadi kalau membaca surah Al-Ikhlas 3 kali mendapat ganjaran seperti 1 naskah Al-Quran,lelaki tua itu tidak pernah berhenti membaca surah al-ikhlas kadangkala sampai 1000 kali sehari.
- Jaga kesihatan,banyakkan berjalan kaki,.banyakkan minum air masak atau air mineral,.jaga permakanan.
- Hidup kena buat target kena ada wawasan.Ikat perut dan usah membazir,.Makanan dan minuman mesti lah dihabiskan.Usah berlagak orang kaya padahal kita teman pada syaitan.Sentiasalah belanjakan orang makan dan minum.Apabila makan dikedai yang kecil perhatikan kebersihan kedai itu.Apabila bersih masuk.Disitu kita akan temui orang susah.Belanja mereka makan dan minum.
- Bila waktu maghrib usah berada diatas jalan.Apabila dalam perjalanan berhentilah cari masjid.Apabila dirumah tutup lah pintu rapat-rapat.Malam buang sampah basuh pinggang mangkuk.Pastikan teratur sebelum tidur.Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama.Boleh dengar orang mengajar dan baca kitab
- Usah takut jumpa orang,walaupun lima minit mahu berjumpa,pergi lah sendirian.Usah pakai posman apabila depani orang penting.Biar kita merangkak panjat bangunan.Biar kita ambil masa berhari-hari perjalanan.Yang penting sampai dengan tangan sendiri.
- Balik malam usah cakap penat usah cakap letih usah cakap sakit.Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa., .lepas sakit kita akan lagi bertenaga.Siapakah dalam dunia ini tidak pernah merasa sakit,jatuh dan hina,.Semua pernah termasuk lah rasulullah SAW.Namun baginda ajar kita agar maafkan semua orang.
- Niatkan mahu kaya,niat mahu bantu ramai orang ,niat mahu menjadi manusia berguna,Niat itu seperti tulis surat tulis alamat betul-betul nawaitupun harus betul.
