Cari Blog Ini

Khamis, 13 Julai 2017

TAKDIR DAN WAKTU 1.3

4/7/2017 >Malam ini seperti aku bermimpi kerana tauke masih memanggil aku mungkin untuk bekerja kembali tidak kira lah macam mana pun yang pasti aku kena ikut tidak boleh jual mahal dengan takdir dia orang dia orang nanti pasti akan mendapat susah kerja juga semoga besok ada berita baik untuk aku.Kalau tauke aku masih boleh tolong aku itu sudah satu perkara baik aku tidak akan menolak peluang yang bagus walau pun aku sedar untuk 2 3 bulan tidak akan menjadi masalah besar pada aku.Aku sekarang kena bersyukur juga kepada tuhan kerana masih ada juga orang ingat akan aku.Kalau ditakdirkan aku bekerja balik dengan dia aku pasti kerja betul – betul cari wang jtu janji aku untuk diri aku yang kini.Tidak kira lah kalau betul dia suruh aku part time pun aku sanggup sekarang sebab memang rezeki aku memang untuk bekerja keras untuk dapatkan wang.Kalau dia betul ikhlas untuk beri aku bekerja kat situ aku reda sahaja kehendak tuhan allah,.Semoga aku mendapat kejayaan saat aku bekerja disitu sekarang.Walau pun orang cakap aku sudah tidak tepati janji aku tidak kesah sangat kerana orang juga bersifat begitu tidak kira lah cara apa sekali pun aku tetap menjadi orang yang terbaik kelak kalau aku masih bekerja kat situ.Sekarang aku harus sedar kerja itu kehendak tuhan kalau kita memohon pada tuhan pasti dengan sendiri aku akan dapat kerja tanpa meminta izin allah semuanya kan berakhir dengan baik.
                Selepas ini aku memohon pada tuhan allah semoga aku boleh bekerja dengan tekun tidak ada orang yang sanggup lagi melitasi aku.Maka aku akan menjadi king dalam dunia ini untuk selama – selamanya tanpa memberi kata putus terhadap ihsan yang kurang bagus dan berpandangan serong terhadap aku.Semoga semua masalah ini akan berakhir dengan baik tanpa ada rasa kekeliruan antara ehsan yang maha esa.Baru aku sedar semuanya sudah berakhir dengan baik tidak akan ada seorang pun yang dapat mengetahui hakikat kegembiraan aku sekarang kerana aku masih suka rentak tauke aku dulu bising – bising dia tapi hati baik.Tidak mengapa lah yang lalu biarkan berlalu asalkan diri aku ini menjadi seorang yang sangat setia dengan masyarakat sekeliling.Aku tetap aku tidak kesah dengan cakap orang lain kita kena dengan kata hati kerana kata hati itu sebenarnya betul.Tidak mengapa diri ini memang menjadi seorang yang sangat hebat dipandang manusia,.Orang cakap kehebatan tanpa kebahagiaan itu tidak akan ada gunanya tapi kalau kehebatan tanpa kenyataannya pasti ada hikmahnya.Tuhan sahaja yang tahu akan kehendak orang – orang yang menjadi mangsa kekeliruan aku masih hidup lagi takdir masih menyebelahi aku lagi nyawa aku masih panjang lagi tidak kesah lah kalau betul itu yang menjadi hakikat kesetiaan pada negara pasti akan berlaku satu tindak balas yang sangat hebat kerana hidup ini akan menjadikan diri aku seorang yang sangat hebat ditanggan makrifatullah aku.Aku sedar semua ini adalah kehendak allah kalau dia kehendak mahu bagi kerja pada aku pasti aku akan mendapat hikmahnya tuhan itu maha adil dalam setiap sesuatu kehendak dan dia yang menjadi langit dan bumi berjauhan antara nya agar kita boleh menikmati suasana lagi dan suasana bumi dunia ini memang indah sebab kuasa tuhan yang buat dunia ini indah.Besok sekurangnya aku menghubungi tauke agar aku tahu apa yang dia mahu aku tolong dia selepas ini aku akan menjadi istem dia dan orang tidak dapat menandingi aku lagi aku akan hidup bahagia gembira dan berjaya dalam hidup.Dalam dunia tidak ada yang mustahil kalau tuhan maukan sesuatu yang baik berlaku pada hambanya.Maka dengan itu kita seharusnya bertawakal kepada tuhan agar diri kita tidak akan menjadi menjadi lebih yakin dan beriman pada tuhan yang satu allah adalah yang satu tidak ada daya kuasa melainkan kuasa tuhan yang maha hebat tuhan itu maha perkasa lagi maha kuat dan bijaksana sedangkan tuhan itu juga maha mengasihi menyayangi dan menghukum orang – orang yang melakukan kezaliman demi tuhan allah yang mengira walaupun sebesar zarah sekali pun.Tapi bila aku mahu pergi kerja dengan dia cakap sudah penuh pula ku tidak tahu apa sebenarnya yang dia cuba lakukan untuk dia mahu balas dendam sebab aku berenti satu bulan janji mahu buat part time saja sebelum itu dia cakap ok tapi sekarang sudah berubah fikiran juga.Ralat juga rasa hati aku namun aku reda dengan keputusan tuhan kalau itu takdir sudah tersurat terima dengan seadanya tawakal pada tuhan semoga tuhan akan menolongku dan memberi pekerjaan yang lebih baik dari kerja tempat dahulu.Ini membuat diri aku rasa kebengungan sekejap tapi tuhan itu maha adil insyallah satu hari dua hari pasti akan ok mood aku.Aku percaya pada janji tuhan kerana dia sudah berjanji kalau mohon lah pada aku pasti aku akan tunaikan segala pemintaan hambanya itu janji allah yang telah dia turunkan dalam kitab al quran dan aku yakin percaya pasti akan ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk aku disamping aku meminta bersujuk serta meminta kepadanya selebihnya aku berusaha bertawakal kepada nya berserah diri kepada kehendak ilahi.Tuhan itu maha kuasa di atas sesuatu kalau allah kehendaki sebuah gunung hancur pasti akan hancur gunung itu jika kalau tuhan kehendaki dunia ini musnah sekali pun pasti akan terjadi atas kehendak allah tuhan yang maha kuasa lagi maha perkasa.

                Dengan itu aku harus cuba – cuba usaha cari kerja lain mana tahu kalau ada takdir dari tuhan pasti ia akan mudahkan segala urusan aku.Aku memohon kepada nya agar segala dugaan yang aku sedang hadapi ini aku boleh sabar dengan rahmatnya allah hany dia yang maha sabar dan aku akan cuba sedaya upaya aku menjadi seorang yang sabar kerana kesabaran itu separuh daripada iman.Mana tahu kalau ada nasib baik rezeki bagus aku dapat kerja yang gaji besar disamping boleh beramal itu satu keajaiban dari tuhan kalau aku dapat kerja begitu memang nampak begitu susah tapi dengan rahmat tuhan tidak mustahil semua itu akan berlaku.Aku akan meminta kepada tuhan tanpa ada rasa jemu kerana aku sedar aku hamba allah yang sedang diuji harapan aku ujian tuhan ini akan menjadi aku lebih tabah dan mendapat banyak pahala kebaikan disamping itu juga aku berniat kalau aku dapat kerja bergaji besar aku akan buat kerja amal yang mampu aku lakukan tidak kira lah kerja amal yang macam mana asalkan aku dapat lakukan dengan ikhlas kalau buat kerja amal tidak kena dengan selera kita pun susah juga kerana menambahkan dosa ada lah sebab tidak ikhlas melakukan sesuatu kerja amal sedangkan tujuan kerja amal itu adalah untuk menambahkan lagi pahala dengan mengikut saluran yang betul dan keikhlasan yang datang dari hati yang suci murni itu lagi lebih afdal.Harapan aku dapat kerja dalam masa terdekat ini sudah bosan pula duduk rumah tanpa wang masuk wang keluar terus itu tidak boleh jangan sampai kehabisan baru mahu berusaha lebih itu satu pandangan yang salah.AMINNN...

TAKDIR DAN WAKTU 1.2

Mungkin kah aku akan kehilangan semuanya dalam masa terdekat ini atau sebaliknya terserah pada tuhan allah aku tidak mampu lagi
mengawal dia sebab utama adalah berpunca dari aku juga namun begitu juga dia tidak suka akan kehendaknya aku mahu ikut cakap dia sahaja ingat aku ini apa minta aku pergi dulu dari dia barangkali.Aku kena buat perancangan lain pula kalau niat dia tidak mahu mengajar aku sebagai seorang yang lemah aku juga tidak mahu mengajar dia buat aku sesuka hati dia kalau bagi banyak wang ok lah ingat wang rm150 itu banyak ke untuk aku bayar sewa rumah pun 4 kali ganda aku kena tambah bini apa ini tidak mahu langsung ambil peduli pada aku.Atau mungkin juga selamat tinggal sahaja yang akan terucap nanti mohon aku jangan lah sampai terjadi begitu kalau betul dia sayangkan aku dia tidak akan lakukan begitu pada aku.Entah adakah ini nasib atau aku yang cari sebenarnya aku tidak kesah benda sudah jadi sekarang aku kena cari jalan penyelesaian antara aku dan dia.Adakah aku harus bawa diri aku pergi jauh dari semua ini adakah semua yang aku hadapi kini adalah dosa yang aku terpaksa tanggung didunia ini kerana kesah aku dulu.Dulu aku masih ingat lagi bagaimana dia tipu satu keluarga aku reda sahaja perbuatan dia kini dia pula seperti mahu bawa aku ke neraka pula apa harus aku lakukan wahai tuhan allah tolong bagi aku pertunjukmu atau aku harus melarikan diri aku dari dia dengan cara itu aku akan dalam bahaya juga kelak habis apakah harus aku lakukan sekarang.Aku sudah mula terasa begitu jauh menuju jalan salah dengan bini aku yang memang sejak dari dulu selalu melakukan kesalahan.
Kenapa dia tiba – tiba banyak berubah dengan penuh rasa kebencian dihati sehingga ia seperti satu wabak atau penyakit hati yang saban hari berkembang biak dan sudah masuk kedalam hati aku yang paling dalam sekarang hanya akal yang membuat aku masih boleh berfikiran positif kalau tidak mahu sahaja aku tinggalkan dia sendirian tapi aku yakin dia tidak pernah sendirian kerana dia banyak teman banyak orang yang mahu menolong dia termasuk orang yang bermaksud jahat dan orang yang betul ikhlas mahu menolong dia.Ahh tidak kesah lah semua itu sekarang ini aku harus yakin pada diri aku kena fikirkan sesuatu untuk kebaikan aku juga seperti dia juga terlalu memikirkan diri sendiri hingga tidak pernah mahu memikirkan aku lagi.Semua sandiwara ini akan berakhir dalam waktu terdekat ini harus lakukan sesuatu aku sudah tidak berdaya lagi melakukan sesuatu yang bakal juga memusnahkan hidup aku akan menhancurkan hidup aku juga.Mungkin dia tidak dapat diubah lagi aku sabar selagi aku boleh sabar kalau berlaku sesuatu aku reda atas kehendak mu ya allah aku tidak mampu lakukan sesuatu yang baik untuk dia lagi.Bini aku tidak jujur pada aku pentingkan diri sendiri itu yang aku harus terima hakikat yang sebenar.Takdir dan waktu akan menentukan antara aku dan dia mungkin juga tidak akan ada lagi yang lebih baik dari sekarang kerana kemusnahan sudah makin hampir aku sudah tidak berdaya menghalangnya lagi melainkan dia telah bersujuk kepada aku dan patuh kepada aku itu baru dikira semuanya akan selesai selagi dia mementingkan diri dia sendiri mana mungkin aku akan bersama dia lagi takdir dan waktu juga akan menentukan nasib aku dan dia bangsa pembohong tidak pernah fikir orang lain untuk melakukan sesuatu dia ingat dengan berkahwin tanggungjawab semua atas suami tapi dia tidak sedar ada undang – undang yang suami pun ada kuasa penuh terhadap dia sebagai seorang isteri tambahan pula kalau betul dia isteri yang sikit baik pasti tidak ada sikap pentingkan diri sendiri seperti sekarang tidak seperti sekarang sejak dari dulu sekarang baru agak menonjol kelakuannya memang bangsa penipu memang begitu sampai aku pun terpaksa terlibat sama dengan skandal penipuannya.Aku memohon kepada tuhan allah agar diri aku boleh sabar karenah bini aku yang semakin menjadi – jadi sejak akhir ini.Aku sedar diri aku sekarang ibarat seperti sampah dia memandang kepada ku banyak menyusahkan dia tapi ingat kalau dia sudah tua nanti dia kan menyusahkan aku lebih teruk dari aku menyusahkan dia.Semoga masalah yang baru aku hadapi kini akan menjadi lebih baik dalam waktu terdekat ini tidak kira lah apa yang berlaku aku kena reda kepada tuhan aku berserah diri.Sekejap lagi kena pergi pasar malam untuk beli nasi sudah satu hari aku tidak menjamah nasi kerana dia aku jadi begini aku sedang dalam penderitaan sekarang aku pasrah kepada tuhan sahaja aku memohon pertolongan dia sudah tidak ada lagi belas ehsan kepada aku kenapa begitu dia pentingkan diri sendiri dan tidak pernah mahu mengambil berat langsung pada aku teruk sangatkah aku selama ini aku berkorban segalanya pada dia tidak pernah kah dia terfikir pengorbanan aku atau dia pura – pura tidak mahu ambil tahu pengorbanan orang terhadap dia.Dasar kaki penipu dan juga perempuan yang pentingkan diri sendiri dan hidup untuk diri sendiri.Kenapa dari dulu aku terus tidak bekerja kan bagus boleh aku tahu dari awal ragam dia sikap dia terhadap aku kenapa ambil masa begitu lama atau aku sudah tahu tapi aku yang banyak bersabar serta banyak mengalah terhadap dia sekarang sedang memakan diri aku sendiri kira nasib badan aku tidak boleh buat apa lagi.Kehidupan yang bahagia sekarang dengan dia adalah ada wang maka aku akan merasa kesenangan dengan dia keindahan bersama dia itu realiti yang benar kini.Manusia cepat berubah memang sudah menjadi lumrah kehidupan orang yang cincai dalam hidup akan terima balasan langsung dari tuhan sekarang aku sedang di uji belah ehsan dan kasih sayang seseorang pada aku.

                Sejak akhir – akhir ini banyak betul sesuatu diluar jangkaan aku berlaku sebelum hari raya tempoh hari orang buka batang minyak motor aku dan longgarkan sekruw bahagaian stem tidak pasti pula apakah motif dia orang buat begitu pada aku adakah dia orang mahu curi motor aku atau ada orang mahu aku mati pada waktu itu.Lagi ditambah pula dengan bini aku berubah sikap tidak tentu hala entah kenapa dengan dia orang sekarang macam – macam kejadian tidak diingini berlaku pada aku.Apa salah aku hanya tidak bekerja sekejap pun tidak boleh ke teruk sangat kah aku hanya dua bulan sahaja tidak ada kerja itu pun mahu buat aku macam – macam.Mohon tuhan tolong lakukan sesuatu kepada orang yang berniat tidak baik terhadap aku sebagai pengajaran padanya.Mudahan tuhan allah tunaikan permintaan aku ini aku mahu tengok depan kepala aku sendiri orang yang lakukan itu mendapat bala dari tuhan hanya salah faham dia seperti mahu aku mati. 

Selasa, 11 Julai 2017

TAKDIR DAN WAKTU 1.1

Pagi ni aku rasa damai sedikit kerana bini aku punya nampak baik walaupun dari pagi dia marah kan aku namun tiba – tiba mood dia baik saja bila aku ada kesungguhan mahu hantar dia kerja maklum lah aku tidak bekerja sekarang.Tapi dia seperti memahami aku kalau begitu aku tidak akan mengecewakan dia aku kan belikan topi yang lebig kecil sedikit kalau betul itu masalah dia membuat dia tidak suka akan aku.Kalau hati dia sudah mula berubah aku kira aku sudah menambat hati dia kembali memang aku masih sayangkan dia lagi walau pun dia lebih tua dari aku.Tidak mengapa lah mungkin itu adalah takdir aku berserah pada tuhan mungkin ada hikmah tuhan temui aku dengan dia.Kekadang terasa juga bila orang cakap macam – macam kat aku tapi itu semua takdir dan ketentuan allah semoga tuhan merestui sehingga akhir hayat aku.
                Kira pun aku dulu bukan orang baik sangat sekarang boleh dikirakan baik juga tahan sedikit dari dulu.Terlampau banyak makan pucuk muda akhirnya pucuk tua juga yang aku dapat memang sudah takdir aku berserah sahaja pada tuhan yang satu semoga direstui tuhan allah.Dan mengampuni aku dari dosa – dosa yang lalu.Tuhan itu maha adil selepas banyak kejahatan yang engkau buat akhirnya dia tunjuki aku dengan cara begitu dan memberi aku kesedaran atas perkara itu.Janji sekarang hati aku begitu tenang tidak ada siapa yang ambil peduli pada aku apa yang aku buat asalkan tidak menyalahi udang – undang cukup sudah dunia ini sudah menjadi milik aku.Saat aku mengetik laptop aku tidak ada seorang pun tahu aku bahagia dan gembira dengan kehidupan aku sekarang melainkan kalau ada orang terbaca kiriman blog ku.Ia memang tidak begitu menarik bagi orang yang tidak melaluinya tapi bagi aku kenangan aku adalah tetap pengalaman aku dan aku sangat suka dengan pengalaman aku sehingga aku tulis ini sebagai sajian pembaca atau mungkin untuk diri aku sendiri.Entah tiba – tiba aku rasa begitu unggur juga dan mungkin tuhan makbul kan doa aku dengan memohon kepada tuhan aku tidak mahu banyak mengetik laptop aku tapi sekadar satu ribu perkataan sehari alhamdulillah tuhan makbul doa aku.Ilham itu datang mencurah – curah tanpa aku memikirkan banyak hal itu lah kerja otak aku ketika mengetik laptop aku ini.Kerja tidak ada sekarang lantas aku mengambil kesempatan ini untuk mengetik laptop aku semahunya hingga aku rasa sangat maju dalam mengetik laptop kurang kesalahan yang aku buat betul orang pintar cakap kalau kamu mahu berjaya belajar lah dengan tekun praktis pasti aku akan mendapat sesuatu hasil yang membanggakan dirimu sendiri.Satu terbiat buruk aku ketika aku mengetik adalah aku akan kuat merokok entah kenapa adakah  ia sumber ilham aku atau ia sudah menjadi kebiasaan aku tanpa rokok otak aku tidak begitu cerdas untuk menulis.Kalau boleh aku mahu buang terbiaat yang tidak baik ini.Merokok membahaya kesihatan tapi aku tahu tentang itu namun aku tetap jugga mahu merokok.Harap aku boleh aku berhenti dari terbiaat ini atau sekurangnya aku boleh kurangkan dari merokok sepanjang masa terluang.Hari ini tidak ada banyak perkara yang menarik untuk dikongsi pagi ku pergi kedai mamat 786 didepan flat aku sambil aku minum ada seorang yang menyampa aku ingatkan boleh juga aku tanyakan kerja rupanya dia kerja kat kuail kat depan flat aku tinggal nak tak nak tertangguh juga lah aku mahu tanya dia ada kerja ke kat tempat dia tapi sudah dia bagi tahu aku awal – awal begitu tidak mengapakan mungkin aku tidak ada rezeki lagi untuk mendapat pekerjaan yang aku suka.Mungkin dalam waktu terdekat nanti aku dapat pekerjaan yang cocok sama aku itu baru boleh steel lama sikit.Bagi aku kerja kena cocok dengan aku baru aku tahan lama kerja kalau tidak sekejap tukar kerja sekejap tukar kerja.Semoga tuhan temui aku kerja yang cocok dengan aku dan memberi aku banyak ruang untuk berehat bersama keluarga ini tidak kerja dulu mahu kerja terus mahu cuti pun susah itu pun satu masalah juga bagi aku.Mata pun sudah mengantuk aku rasa aku kena rehat sekejap nanti aku tulis lagi buang waktu masa lapang aku.Janji sama bini aku mahu belikan dia helmet yang kecil sikit tapi mata rasa mengantuk pula entah ingat petang ini baru aku mahu pergi rana tengok kalau ada helmet yang murah – murah boleh beli nak beli yang mahal sekarang tidak mampu beli yang murah saja kalau ada.Baru je keluar pergi beli helmet untuk bini aku macam cerita yang gembira pula aku dengar dan dapat itu mungkin hikmah dari tuhan yang maha tahu kehendak hambanya.Petang tadi aku pergi minum kat kedai mamat kat tempat biasa aku makan tiba – tiba terserempak dengan kawan kalau sudah nasib baik menyebelahi aku orang cakap kalau ada rezeki tidak ke mana itu memang benar aku sudah ditawarkan pekerjaan sebagai pegawai keselamatan di kelana jaya jesterus dari itu aku rasa mahu mendapatkan pekerjaan itu dengan tawaran yang dia orang bagitahu nampak macam menarik juga semoga aku dapat bekerja dengan baik pinta restu pada tuhan semoga urusan aku berjalan dengan lancar.Hari isnin ini aku akan cuba minta kerja kat kawan aku bagitahu tadi dikelana jaya semoga tuhan kurniakan kehidupan yang lebih baik dan lebih senanghati gembira bahagia berjaya dalam hidup..aminnn.

                Bila perut sudah kenyang baru selesa kalau tidak memang rasa gelisah tak tentu hala dibuatnya.Sekarang selesa sangat tapi hari ini banyak sangat pula rezeki datang tidak terhingga banyak sampai membazir terlampau banyak dengan nasi briani nasi ayam dan karipat ketupat semuanya ada tak larat nak makan.Mudahan letak dalam peti tu tidak rtu.osak itu yang aku inginkan sebenarnya boleh lah aku makan lagi besok pagi kalau rosak melepas nak merasa karipat rendang ubi kentang peh memang sedap dibuatnya.Mengetik pun meleleh teringatkan karipat.Malam ini rasa begitu tenang sekali damai sedamai hati aku tika ini memang mengasyikkan kalau selalu beginikan bagus untuk kesihatan mental dan fizikal aku.Tambahan pula bila petang tadi dapat berhubung dengan orang yang berada dikampung maklum la sudah lama tidak balik kampung terasa bahagia seketika saat itu bila ada juga orang bertanya khabar tentang aku.Nmapaknya anak buat aku kat kampung nampak senang bahagia dan berjaya semuanya hanya tinggal aku sahaja yang tidak punya apa – apa yang bagus untuk dipertontonkan kepada mereka.Seandainya aku dapat pertunjukan sedikit kesenangan hidup kepada dia orang kira aku begitu beruntung juga namun hakikatnya aku tidak dapat buat itu semua kerana nak jaga diri aku sendiri pun susah sedangkan mahu jaga bini aku lagi terserah pada nasib aku kira diriku ini pun beruntung juga kerana tidak lah sampai meminta – minta pada pada orang lain.Bersyukur aku tidak terhingga kepada tuhan kerana takdir kehidupan aku tidak lah seteruk mana pun daripada orang lain.Masih boleh makan minum ada apa yang orang ada terutama kehidupan aku seperti orang yang hidup sederhana itu amat ku hargai pada diri aku tidak menyusahkan orang harap aku biar lah aku tidak menyusahkan orang sampai hayat aku nanti.