Cari Blog Ini

Sabtu, 2 Disember 2017

TAKDIR DAN WAKTU 1.6

TADIR DAN WAKTU1.6 >Pagi ini aku rasa sangat lemas badan aku entah kenapa mungkinkah sebab banyak aku berfikir atau ada sesuatu yang tidak kena dengan aku ini.Aku cuba untuk gagahkan diri aku untuk berjaga malam ini namun mata aku seperti mahu tidur sahaja tapi fikiran aku melayan – layan entah kemana perginya.Adakah sebab kerja atau sebab diri aku mahu dapat kerja kat tempat aku idamkan namun memang susah tempat yang aku idamkan itu sebab disitu pekerjanya semua orang yang terpelajar tapi kenapa aku seperti sangat berharap agar aku dapat bekerja dengan syarikat itu.Apa sebenarnya yang buat aku sangat berharap untuk bekerja kat syarikat itu sedangkan aku sedar bahawa diri aku ini memang tidak layak untuk bekerja kat situ.Tapi dalam impi ku sekarang adalah syarikat itu yang menjadi keutamaan aku entah kenapa.Adakah kerana ego aku atau kerana seorang gadis yang serupa dengan kekasih aku dahulu itu yang buat aku berhajat besar untuk bekerja kat syarikat itu.Aku hanya mampu memohon kepada tuhan selebihnya aku serah kepada tuhan yang menentukan nasib aku ini.Aku seperti sudah kena ikat pula biasa aku tidak pernah terfikir begitu tapi pagi ini kenapa bagitu teruk fikiran aku terhadap syarikat itu.Aku lah orang yang paling bertuah seandainya aku dapat bekerja dengan syarikat itu terutama kalau boleh bergandingan dengan kekasih pelanduk dua serupa itu ohh bahagia dan gembiranya kalau aku dapat bekerja dengan syarikat itu dan bersama – sama dengan dia.
                Petang ini semua kerja sudah aku siapkan rumah sewa sudah aku bayar jiwa sudah sedikit tenang Cuma besok adakah aku mahu pergi cari kerja atau aku akan cari kerja bulan depan entah lah kenapa hati aku sudah mula malas hendak berkerja minta jauh dari malas bekerja kerana aku akan tumbang dalam waktu yang singkat kalau aku terus tidak bekerja serta keindahan akan hilang dalam masa sekelip mata.Sekurangnya aku bekerja sedikit demi sedikit pun sudah dikira bagus dah pinta kepadamu ya allah semoga tuhan engkau jadikan aku seorang yang rajin bekerja dan buat amal kebaikan jauhi lah aku dari sifat malas.Terfikir juga aku kalau tentang peristiwa semalam kalau aku masih bekerja pasti aku dapat miliki gitar idaman aku selama ini.Ada seorang kawan mahu jual gitar dia sama amp rm 500 tapi kawan kita lambat bagi info kalau tidak pasti aku dapatkan gitar yang aku idamkan selama ini mungkin aku tidak punya rezeki lagi untuk mendapatkan itu kalau tidak pasti aku akan dapat info ketika aku sedang bekerja.Nampak pula sikap tuan rumah seperti aku tidak percaya pula dia bersikap seperti itu tidak mengapa kalau ada berita tidak baik aku reda dan berserah diri pada tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.Ingat aku malam ini baru aku mahu keluar pergi minum kat kedai sana buat buang masa biar terbuka sedikit fikiran aku ini duduk dirumah terus boleh buat kepala boleh peningkan kepala aku.Nanti semak menguasai aku susah juga otak kita macam mana pun kena buat dia tenang jangan sampai kusut kalau tidak akal akan jadi buntu insyallah suatu hari aku akan menjadi seorang yang berkawan dengan orang yang bijak semua tidak jahat bangang minta jauh lah dengan orang bersikap begitu.Hidup mesti kuat dibandar mesti kuat,sabar dan reda dengan ketentuan tuhan allah insyallah pasti akan dapat ketenangan dan bahagia dalam hidup tapi jangan merampas kebahagiaan orang lain itu amalan yang tidak baik.Kalau sudah nasib badan begini la dah tidak bekerja dapur pula rosak saat begini itu petanda tidak baik.Lagi banyak pakai wang kalau begini gayanya.Masuk yang ini keberapa kali reda dah ni otak pun dah mula pening – pening saat yang begini terjadi banyak masalah doa siapa kah ini aku harap orang doa yang baik  - baik untuk aku bukan doa untuk jatuh kan aku kalau ada orang doakan untuk jatuh kan aku harap aku tuhan balikkan kepada orang yang buat doa buruk pada aku.kenapa petang ini kepala aku rasa sakit – sakit apa yang tidak kena dengan aku ni.Seperti mahu demam pun ada harap tuhan jauhi aku dari sakit saat aku begini atau memang aku akan jatuh dalam waktu terdekat ini harapan aku tidak begitu tuhan jadikan aku lebih kuat itu harapan sepenuhnya pada tuhan aku disini tidak ada siapa – siapa yang boleh tolong aku hanya allah sahaja yang boleh tolong aku saat begini tapi tidak sampai terdesak lagi.Malam ini aku makan MCD sesekali itu pun bini aku yang beli kan kalau tidak tak dapat nak merasanya.Itu lah rezeki yang tidak disangka – sangka datang tanpa kita sedari tiba – tiba ada juga orang yang belikan MCD sedap juga sesekali makan ni kalau selalu jemu juga agak aku la.Semoga tuhan senangtiasa beri aku kemurahan rezeki aku kepada tuhan aku berserah diri tidak ada tuhan selain allah nabi muahammad pesuruh allah alhamdulillah bersyukur aku ke hadrat ilahi kerana masih sayang pada aku dan memberi rezeki pada aku walau pun saat ini aku tidak bekerja.Baru aku mengerti erti kasih sayang allah kalau dia kehendaki kita bagus pasti kita tidak akan merasa sedikit kecewa pun bila kita minum kat kedai makan tanpa disangka datang kawan – kawan tolong bayar makan minum tanpa meminta – minta aku rasa sangat bersyukur juga sangat kepada tuhan kerana dia masih melihat aku walau pun aku tidak lah orang sangat bertakwa pun namun dalam sedar tidak sedar sebenarnya allah sedang mengubah aku untuk bertakwa kepada dia dengan tunjuki aku sekuasaannya kepada aku yang selama ini aku selalu memohon kepada dia.
                Sedikit kesedaran aku terhadap tuhan bahawa dia lah yang maha kuasa atas setiap sesuatu dan allah jua yang memberi rezeki kepada hamba mempermudahkan segala urusan ku di dunia ini.Cuma aku kadangkala lalai dalam membuat kewajiban dan kesetiaan aku kepadanya.Kenapa diri ini sangat susah mahu bersujuk kepada allah sebenarnya sedangkan allah selalu tunjuk bahawa allah itu wujud dan senangtiasa menjaga aku dari melakukan kejahatan besar di bumi allah.Bertapa ku rasa sangat kecil aku tapi aku mengaku senangtiasa lalai dalam melakukan segala suruhannya yang wajib bagi aku.Sekurangnya aku sudah mencuba tapi pasti aku akan terlepas dari solat 5 waktu itu sekarang aku sedang titip beratkan dalam diri aku.Aku mahu mengajar diri aku untuk bersujud kepadanya sehari 5 waktu namun apa yang tidak kena dengan aku selalu terlepas dari melakukan 5 waktu sedangkan sekarang aku bukan bekerja pun.Akan tetapi aku cuba sedaya upaya aku untuk bersujud kepadanya selagi hayat dikandung badan selagi nafas ku masih bernyawa selagi hati aku berjiwa selagi telingaku yang bernyawa masih mendengar aku akan teruskan kehidupan ini dan usahakan untuk terus solat cukup lima waktu tanpa ada tertinggal.Dan baru lah aku usahakan untuk buat yang sunat pula tambahi pahala ku didunia ini semoga harapan aku menjadi kenyataan dan cita – cita keinginan aku akan tercapai sampai akhir hayat aku.aminnn.