4/7/2017 >Malam ini seperti aku bermimpi kerana tauke masih
memanggil aku mungkin untuk bekerja kembali tidak kira lah macam mana pun yang
pasti aku kena ikut tidak boleh jual mahal dengan takdir dia orang dia orang
nanti pasti akan mendapat susah kerja juga semoga besok ada berita baik untuk
aku.Kalau tauke aku masih boleh tolong aku itu sudah satu perkara baik aku tidak
akan menolak peluang yang bagus walau pun aku sedar untuk 2 3 bulan tidak akan
menjadi masalah besar pada aku.Aku sekarang kena bersyukur juga kepada tuhan
kerana masih ada juga orang ingat akan aku.Kalau ditakdirkan aku bekerja balik
dengan dia aku pasti kerja betul – betul cari wang jtu janji aku untuk diri aku
yang kini.Tidak kira lah kalau betul dia suruh aku part time pun aku sanggup
sekarang sebab memang rezeki aku memang untuk bekerja keras untuk dapatkan
wang.Kalau dia betul ikhlas untuk beri aku bekerja kat situ aku reda sahaja
kehendak tuhan allah,.Semoga aku mendapat kejayaan saat aku bekerja disitu
sekarang.Walau pun orang cakap aku sudah tidak tepati janji aku tidak kesah
sangat kerana orang juga bersifat begitu tidak kira lah cara apa sekali pun aku
tetap menjadi orang yang terbaik kelak kalau aku masih bekerja kat situ.Sekarang
aku harus sedar kerja itu kehendak tuhan kalau kita memohon pada tuhan pasti
dengan sendiri aku akan dapat kerja tanpa meminta izin allah semuanya kan
berakhir dengan baik.
Selepas
ini aku memohon pada tuhan allah semoga aku boleh bekerja dengan tekun tidak
ada orang yang sanggup lagi melitasi aku.Maka aku akan menjadi king dalam dunia
ini untuk selama – selamanya tanpa memberi kata putus terhadap ihsan yang
kurang bagus dan berpandangan serong terhadap aku.Semoga semua masalah ini akan
berakhir dengan baik tanpa ada rasa kekeliruan antara ehsan yang maha esa.Baru
aku sedar semuanya sudah berakhir dengan baik tidak akan ada seorang pun yang
dapat mengetahui hakikat kegembiraan aku sekarang kerana aku masih suka rentak
tauke aku dulu bising – bising dia tapi hati baik.Tidak mengapa lah yang lalu
biarkan berlalu asalkan diri aku ini menjadi seorang yang sangat setia dengan
masyarakat sekeliling.Aku tetap aku tidak kesah dengan cakap orang lain kita
kena dengan kata hati kerana kata hati itu sebenarnya betul.Tidak mengapa diri
ini memang menjadi seorang yang sangat hebat dipandang manusia,.Orang cakap
kehebatan tanpa kebahagiaan itu tidak akan ada gunanya tapi kalau kehebatan tanpa
kenyataannya pasti ada hikmahnya.Tuhan sahaja yang tahu akan kehendak orang –
orang yang menjadi mangsa kekeliruan aku masih hidup lagi takdir masih
menyebelahi aku lagi nyawa aku masih panjang lagi tidak kesah lah kalau betul
itu yang menjadi hakikat kesetiaan pada negara pasti akan berlaku satu tindak
balas yang sangat hebat kerana hidup ini akan menjadikan diri aku seorang yang
sangat hebat ditanggan makrifatullah aku.Aku sedar semua ini adalah kehendak
allah kalau dia kehendak mahu bagi kerja pada aku pasti aku akan mendapat
hikmahnya tuhan itu maha adil dalam setiap sesuatu kehendak dan dia yang
menjadi langit dan bumi berjauhan antara nya agar kita boleh menikmati suasana
lagi dan suasana bumi dunia ini memang indah sebab kuasa tuhan yang buat dunia ini
indah.Besok sekurangnya aku menghubungi tauke agar aku tahu apa yang dia mahu
aku tolong dia selepas ini aku akan menjadi istem dia dan orang tidak dapat
menandingi aku lagi aku akan hidup bahagia gembira dan berjaya dalam hidup.Dalam
dunia tidak ada yang mustahil kalau tuhan maukan sesuatu yang baik berlaku pada
hambanya.Maka dengan itu kita seharusnya bertawakal kepada tuhan agar diri kita
tidak akan menjadi menjadi lebih yakin dan beriman pada tuhan yang satu allah
adalah yang satu tidak ada daya kuasa melainkan kuasa tuhan yang maha hebat
tuhan itu maha perkasa lagi maha kuat dan bijaksana sedangkan tuhan itu juga
maha mengasihi menyayangi dan menghukum orang – orang yang melakukan kezaliman
demi tuhan allah yang mengira walaupun sebesar zarah sekali pun.Tapi bila aku
mahu pergi kerja dengan dia cakap sudah penuh pula ku tidak tahu apa sebenarnya
yang dia cuba lakukan untuk dia mahu balas dendam sebab aku berenti satu bulan
janji mahu buat part time saja sebelum itu dia cakap ok tapi sekarang sudah
berubah fikiran juga.Ralat juga rasa hati aku namun aku reda dengan keputusan
tuhan kalau itu takdir sudah tersurat terima dengan seadanya tawakal pada tuhan
semoga tuhan akan menolongku dan memberi pekerjaan yang lebih baik dari kerja
tempat dahulu.Ini membuat diri aku rasa kebengungan sekejap tapi tuhan itu maha
adil insyallah satu hari dua hari pasti akan ok mood aku.Aku percaya pada janji
tuhan kerana dia sudah berjanji kalau mohon lah pada aku pasti aku akan
tunaikan segala pemintaan hambanya itu janji allah yang telah dia turunkan
dalam kitab al quran dan aku yakin percaya pasti akan ada jalan penyelesaian
yang terbaik untuk aku disamping aku meminta bersujuk serta meminta kepadanya
selebihnya aku berusaha bertawakal kepada nya berserah diri kepada kehendak
ilahi.Tuhan itu maha kuasa di atas sesuatu kalau allah kehendaki sebuah gunung
hancur pasti akan hancur gunung itu jika kalau tuhan kehendaki dunia ini musnah
sekali pun pasti akan terjadi atas kehendak allah tuhan yang maha kuasa lagi
maha perkasa.
Dengan itu
aku harus cuba – cuba usaha cari kerja lain mana tahu kalau ada takdir dari
tuhan pasti ia akan mudahkan segala urusan aku.Aku memohon kepada nya agar
segala dugaan yang aku sedang hadapi ini aku boleh sabar dengan rahmatnya allah
hany dia yang maha sabar dan aku akan cuba sedaya upaya aku menjadi seorang
yang sabar kerana kesabaran itu separuh daripada iman.Mana tahu kalau ada nasib
baik rezeki bagus aku dapat kerja yang gaji besar disamping boleh beramal itu
satu keajaiban dari tuhan kalau aku dapat kerja begitu memang nampak begitu
susah tapi dengan rahmat tuhan tidak mustahil semua itu akan berlaku.Aku akan
meminta kepada tuhan tanpa ada rasa jemu kerana aku sedar aku hamba allah yang
sedang diuji harapan aku ujian tuhan ini akan menjadi aku lebih tabah dan
mendapat banyak pahala kebaikan disamping itu juga aku berniat kalau aku dapat
kerja bergaji besar aku akan buat kerja amal yang mampu aku lakukan tidak kira
lah kerja amal yang macam mana asalkan aku dapat lakukan dengan ikhlas kalau
buat kerja amal tidak kena dengan selera kita pun susah juga kerana menambahkan
dosa ada lah sebab tidak ikhlas melakukan sesuatu kerja amal sedangkan tujuan
kerja amal itu adalah untuk menambahkan lagi pahala dengan mengikut saluran
yang betul dan keikhlasan yang datang dari hati yang suci murni itu lagi lebih
afdal.Harapan aku dapat kerja dalam masa terdekat ini sudah bosan pula duduk
rumah tanpa wang masuk wang keluar terus itu tidak boleh jangan sampai
kehabisan baru mahu berusaha lebih itu satu pandangan yang salah.AMINNN...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan