TADIR DAN WAKTU1.6 >Pagi ini aku rasa sangat lemas badan aku entah kenapa
mungkinkah sebab banyak aku berfikir atau ada sesuatu yang tidak kena dengan
aku ini.Aku cuba untuk gagahkan diri aku untuk berjaga malam ini namun mata aku
seperti mahu tidur sahaja tapi fikiran aku melayan – layan entah kemana
perginya.Adakah sebab kerja atau sebab diri aku mahu dapat kerja kat tempat aku
idamkan namun memang susah tempat yang aku idamkan itu sebab disitu pekerjanya
semua orang yang terpelajar tapi kenapa aku seperti sangat berharap agar aku
dapat bekerja dengan syarikat itu.Apa sebenarnya yang buat aku sangat berharap
untuk bekerja kat syarikat itu sedangkan aku sedar bahawa diri aku ini memang
tidak layak untuk bekerja kat situ.Tapi dalam impi ku sekarang adalah syarikat
itu yang menjadi keutamaan aku entah kenapa.Adakah kerana ego aku atau kerana
seorang gadis yang serupa dengan kekasih aku dahulu itu yang buat aku berhajat
besar untuk bekerja kat syarikat itu.Aku hanya mampu memohon kepada tuhan
selebihnya aku serah kepada tuhan yang menentukan nasib aku ini.Aku seperti
sudah kena ikat pula biasa aku tidak pernah terfikir begitu tapi pagi ini
kenapa bagitu teruk fikiran aku terhadap syarikat itu.Aku lah orang yang paling
bertuah seandainya aku dapat bekerja dengan syarikat itu terutama kalau boleh
bergandingan dengan kekasih pelanduk dua serupa itu ohh bahagia dan gembiranya
kalau aku dapat bekerja dengan syarikat itu dan bersama – sama dengan dia.
Petang
ini semua kerja sudah aku siapkan rumah sewa sudah aku bayar jiwa sudah sedikit
tenang Cuma besok adakah aku mahu pergi cari kerja atau aku akan cari kerja
bulan depan entah lah kenapa hati aku sudah mula malas hendak berkerja minta
jauh dari malas bekerja kerana aku akan tumbang dalam waktu yang singkat kalau
aku terus tidak bekerja serta keindahan akan hilang dalam masa sekelip
mata.Sekurangnya aku bekerja sedikit demi sedikit pun sudah dikira bagus dah
pinta kepadamu ya allah semoga tuhan engkau jadikan aku seorang yang rajin
bekerja dan buat amal kebaikan jauhi lah aku dari sifat malas.Terfikir juga aku
kalau tentang peristiwa semalam kalau aku masih bekerja pasti aku dapat miliki
gitar idaman aku selama ini.Ada seorang kawan mahu jual gitar dia sama amp rm
500 tapi kawan kita lambat bagi info kalau tidak pasti aku dapatkan gitar yang
aku idamkan selama ini mungkin aku tidak punya rezeki lagi untuk mendapatkan
itu kalau tidak pasti aku akan dapat info ketika aku sedang bekerja.Nampak pula
sikap tuan rumah seperti aku tidak percaya pula dia bersikap seperti itu tidak
mengapa kalau ada berita tidak baik aku reda dan berserah diri pada tuhan yang
maha pengasih lagi maha penyayang.Ingat aku malam ini baru aku mahu keluar pergi
minum kat kedai sana buat buang masa biar terbuka sedikit fikiran aku ini duduk
dirumah terus boleh buat kepala boleh peningkan kepala aku.Nanti semak
menguasai aku susah juga otak kita macam mana pun kena buat dia tenang jangan
sampai kusut kalau tidak akal akan jadi buntu insyallah suatu hari aku akan
menjadi seorang yang berkawan dengan orang yang bijak semua tidak jahat bangang
minta jauh lah dengan orang bersikap begitu.Hidup mesti kuat dibandar mesti
kuat,sabar dan reda dengan ketentuan tuhan allah insyallah pasti akan dapat
ketenangan dan bahagia dalam hidup tapi jangan merampas kebahagiaan orang lain
itu amalan yang tidak baik.Kalau sudah nasib badan begini la dah tidak bekerja
dapur pula rosak saat begini itu petanda tidak baik.Lagi banyak pakai wang
kalau begini gayanya.Masuk yang ini keberapa kali reda dah ni otak pun dah mula
pening – pening saat yang begini terjadi banyak masalah doa siapa kah ini aku
harap orang doa yang baik - baik untuk
aku bukan doa untuk jatuh kan aku kalau ada orang doakan untuk jatuh kan aku
harap aku tuhan balikkan kepada orang yang buat doa buruk pada aku.kenapa
petang ini kepala aku rasa sakit – sakit apa yang tidak kena dengan aku
ni.Seperti mahu demam pun ada harap tuhan jauhi aku dari sakit saat aku begini
atau memang aku akan jatuh dalam waktu terdekat ini harapan aku tidak begitu
tuhan jadikan aku lebih kuat itu harapan sepenuhnya pada tuhan aku disini tidak
ada siapa – siapa yang boleh tolong aku hanya allah sahaja yang boleh tolong
aku saat begini tapi tidak sampai terdesak lagi.Malam ini aku makan MCD
sesekali itu pun bini aku yang beli kan kalau tidak tak dapat nak merasanya.Itu
lah rezeki yang tidak disangka – sangka datang tanpa kita sedari tiba – tiba
ada juga orang yang belikan MCD sedap juga sesekali makan ni kalau selalu jemu
juga agak aku la.Semoga tuhan senangtiasa beri aku kemurahan rezeki aku kepada
tuhan aku berserah diri tidak ada tuhan selain allah nabi muahammad pesuruh
allah alhamdulillah bersyukur aku ke hadrat ilahi kerana masih sayang pada aku
dan memberi rezeki pada aku walau pun saat ini aku tidak bekerja.Baru aku
mengerti erti kasih sayang allah kalau dia kehendaki kita bagus pasti kita
tidak akan merasa sedikit kecewa pun bila kita minum kat kedai makan tanpa
disangka datang kawan – kawan tolong bayar makan minum tanpa meminta – minta
aku rasa sangat bersyukur juga sangat kepada tuhan kerana dia masih melihat aku
walau pun aku tidak lah orang sangat bertakwa pun namun dalam sedar tidak sedar
sebenarnya allah sedang mengubah aku untuk bertakwa kepada dia dengan tunjuki
aku sekuasaannya kepada aku yang selama ini aku selalu memohon kepada dia.
Sedikit kesedaran aku terhadap
tuhan bahawa dia lah yang maha kuasa atas setiap sesuatu dan allah jua yang
memberi rezeki kepada hamba mempermudahkan segala urusan ku di dunia ini.Cuma
aku kadangkala lalai dalam membuat kewajiban dan kesetiaan aku kepadanya.Kenapa
diri ini sangat susah mahu bersujuk kepada allah sebenarnya sedangkan allah
selalu tunjuk bahawa allah itu wujud dan senangtiasa menjaga aku dari melakukan
kejahatan besar di bumi allah.Bertapa ku rasa sangat kecil aku tapi aku mengaku
senangtiasa lalai dalam melakukan segala suruhannya yang wajib bagi
aku.Sekurangnya aku sudah mencuba tapi pasti aku akan terlepas dari solat 5
waktu itu sekarang aku sedang titip beratkan dalam diri aku.Aku mahu mengajar
diri aku untuk bersujud kepadanya sehari 5 waktu namun apa yang tidak kena
dengan aku selalu terlepas dari melakukan 5 waktu sedangkan sekarang aku bukan
bekerja pun.Akan tetapi aku cuba sedaya upaya aku untuk bersujud kepadanya
selagi hayat dikandung badan selagi nafas ku masih bernyawa selagi hati aku
berjiwa selagi telingaku yang bernyawa masih mendengar aku akan teruskan
kehidupan ini dan usahakan untuk terus solat cukup lima waktu tanpa ada tertinggal.Dan
baru lah aku usahakan untuk buat yang sunat pula tambahi pahala ku didunia ini
semoga harapan aku menjadi kenyataan dan cita – cita keinginan aku akan
tercapai sampai akhir hayat aku.aminnn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan