TAKDIR DAN WAKTU 1.5
Pagi ni aku rasa damai sedikit kerana bini aku punya nampak
baik walaupun dari pagi dia marah kan aku namun tiba – tiba mood dia baik saja
bila aku ada kesungguhan mahu hantar dia kerja maklum lah aku tidak bekerja
sekarang.Tapi dia seperti memahami aku kalau begitu aku tidak akan mengecewakan
dia aku kan belikan topi yang lebig kecil sedikit kalau betul itu masalah dia
membuat dia tidak suka akan aku.Kalau hati dia sudah mula berubah aku kira aku
sudah menambat hati dia kembali memang aku masih sayangkan dia lagi walau pun
dia lebih tua dari aku.Tidak mengapa lah mungkin itu adalah takdir aku berserah
pada tuhan mungkin ada hikmah tuhan temui aku dengan dia.Kekadang terasa juga
bila orang cakap macam – macam kat aku tapi itu semua takdir dan ketentuan
allah semoga tuhan merestui sehingga akhir hayat aku.
Kira
pun aku dulu bukan orang baik sangat sekarang boleh dikirakan baik juga tahan
sedikit dari dulu.Terlampau banyak makan pucuk muda akhirnya pucuk tua juga
yang aku dapat memang sudah takdir aku berserah sahaja pada tuhan yang satu
semoga direstui tuhan allah.Dan mengampuni aku dari dosa – dosa yang lalu.Tuhan
itu maha adil selepas banyak kejahatan yang engkau buat akhirnya dia tunjuki
aku dengan cara begitu dan memberi aku kesedaran atas perkara itu.Janji
sekarang hati aku begitu tenang tidak ada siapa yang ambil peduli pada aku apa
yang aku buat asalkan tidak menyalahi udang – undang cukup sudah dunia ini
sudah menjadi milik aku.Saat aku mengetik laptop aku tidak ada seorang pun tahu
aku bahagia dan gembira dengan kehidupan aku sekarang melainkan kalau ada orang
terbaca kiriman blog ku.Ia memang tidak begitu menarik bagi orang yang tidak
melaluinya tapi bagi aku kenangan aku adalah tetap pengalaman aku dan aku
sangat suka dengan pengalaman aku sehingga aku tulis ini sebagai sajian pembaca
atau mungkin untuk diri aku sendiri.Entah tiba – tiba aku rasa begitu unggur
juga dan mungkin tuhan makbul kan doa aku dengan memohon kepada tuhan aku tidak
mahu banyak mengetik laptop aku tapi sekadar satu ribu perkataan sehari
alhamdulillah tuhan makbul doa aku.Ilham itu datang mencurah – curah tanpa aku
memikirkan banyak hal itu lah kerja otak aku ketika mengetik laptop aku
ini.Kerja tidak ada sekarang lantas aku mengambil kesempatan ini untuk mengetik
laptop aku semahunya hingga aku rasa sangat maju dalam mengetik laptop kurang
kesalahan yang aku buat betul orang pintar cakap kalau kamu mahu berjaya
belajar lah dengan tekun praktis pasti aku akan mendapat sesuatu hasil yang
membanggakan dirimu sendiri.Satu terbiat buruk aku ketika aku mengetik adalah
aku akan kuat merokok entah kenapa adakah
ia sumber ilham aku atau ia sudah menjadi kebiasaan aku tanpa rokok otak
aku tidak begitu cerdas untuk menulis.Kalau boleh aku mahu buang terbiaat yang
tidak baik ini.Merokok membahaya kesihatan tapi aku tahu tentang itu namun aku
tetap jugga mahu merokok.Harap aku boleh aku berhenti dari terbiaat ini atau
sekurangnya aku boleh kurangkan dari merokok sepanjang masa terluang.Hari ini
tidak ada banyak perkara yang menarik untuk dikongsi pagi ku pergi kedai mamat
786 didepan flat aku sambil aku minum ada seorang yang menyampa aku ingatkan
boleh juga aku tanyakan kerja rupanya dia kerja kat kuail kat depan flat aku
tinggal nak tak nak tertangguh juga lah aku mahu tanya dia ada kerja ke kat
tempat dia tapi sudah dia bagi tahu aku awal – awal begitu tidak mengapakan
mungkin aku tidak ada rezeki lagi untuk mendapat pekerjaan yang aku
suka.Mungkin dalam waktu terdekat nanti aku dapat pekerjaan yang cocok sama aku
itu baru boleh steel lama sikit.Bagi aku kerja kena cocok dengan aku baru aku
tahan lama kerja kalau tidak sekejap tukar kerja sekejap tukar kerja.Semoga
tuhan temui aku kerja yang cocok dengan aku dan memberi aku banyak ruang untuk
berehat bersama keluarga ini tidak kerja dulu mahu kerja terus mahu cuti pun
susah itu pun satu masalah juga bagi aku.Mata pun sudah mengantuk aku rasa aku
kena rehat sekejap nanti aku tulis lagi buang waktu masa lapang aku.Janji sama
bini aku mahu belikan dia helmet yang kecil sikit tapi mata rasa mengantuk pula
entah ingat petang ini baru aku mahu pergi rana tengok kalau ada helmet yang
murah – murah boleh beli nak beli yang mahal sekarang tidak mampu beli yang
murah saja kalau ada.Baru je keluar pergi beli helmet untuk bini aku macam
cerita yang gembira pula aku dengar dan dapat itu mungkin hikmah dari tuhan
yang maha tahu kehendak hambanya.Petang tadi aku pergi minum kat kedai mamat
kat tempat biasa aku makan tiba – tiba terserempak dengan kawan kalau sudah
nasib baik menyebelahi aku orang cakap kalau ada rezeki tidak ke mana itu
memang benar aku sudah ditawarkan pekerjaan sebagai pegawai keselamatan di
kelana jaya jesterus dari itu aku rasa mahu mendapatkan pekerjaan itu dengan
tawaran yang dia orang bagitahu nampak macam menarik juga semoga aku dapat
bekerja dengan baik pinta restu pada tuhan semoga urusan aku berjalan dengan
lancar.Hari isnin ini aku akan cuba minta kerja kat kawan aku bagitahu tadi
dikelana jaya semoga tuhan kurniakan kehidupan yang lebih baik dan lebih senanghati
gembira bahagia berjaya dalam hidup..aminnn.
Bila
perut sudah kenyang baru selesa kalau tidak memang rasa gelisah tak tentu hala
dibuatnya.Sekarang selesa sangat tapi hari ini banyak sangat pula rezeki datang
tidak terhingga banyak sampai membazir terlampau banyak dengan nasi briani nasi
ayam dan karipat ketupat semuanya ada tak larat nak makan.Mudahan letak dalam
peti tu tidak rtu.osak itu yang aku inginkan sebenarnya boleh lah aku makan
lagi besok pagi kalau rosak melepas nak merasa karipat rendang ubi kentang peh
memang sedap dibuatnya.Mengetik pun meleleh teringatkan karipat.Malam ini rasa
begitu tenang sekali damai sedamai hati aku tika ini memang mengasyikkan kalau
selalu beginikan bagus untuk kesihatan mental dan fizikal aku.Tambahan pula
bila petang tadi dapat berhubung dengan orang yang berada dikampung maklum la
sudah lama tidak balik kampung terasa bahagia seketika saat itu bila ada juga
orang bertanya khabar tentang aku.Nmapaknya anak buat aku kat kampung nampak
senang bahagia dan berjaya semuanya hanya tinggal aku sahaja yang tidak punya
apa – apa yang bagus untuk dipertontonkan kepada mereka.Seandainya aku dapat
pertunjukan sedikit kesenangan hidup kepada dia orang kira aku begitu beruntung
juga namun hakikatnya aku tidak dapat buat itu semua kerana nak jaga diri aku
sendiri pun susah sedangkan mahu jaga bini aku lagi terserah pada nasib aku
kira diriku ini pun beruntung juga kerana tidak lah sampai meminta – minta pada
pada orang lain.Bersyukur aku tidak terhingga kepada tuhan kerana takdir
kehidupan aku tidak lah seteruk mana pun daripada orang lain.Masih boleh makan
minum ada apa yang orang ada terutama kehidupan aku seperti orang yang hidup
sederhana itu amat ku hargai pada diri aku tidak menyusahkan orang harap aku
biar lah aku tidak menyusahkan orang sampai hayat aku nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan